Monday, November 18, 2019

Punca Kekalahan PH di Tanjung Piai

Kekalahan PH di Tanjung Piai memang sudah dijangka tapi jumlah undi kekalahan yang mengejutkan.
Kekalahan berpunca dari salah guna kuasa dalam pemilihan Perdana Menteri yang berasal dari parti komponen yang paling kecil bilangan ahli parlimen. Satu jawatan perdana menteri yang sepatutnya sementara tapi telah dijadikan hampir kekal.
Kuasa PM dalam melantik menteri  jelas memberi keadaan yang lebih buruk. Parti yang mempunyai kerusi parlimen yang terbanyak tidak mempunyai Menteri terbanyak dan terpenting. Pemilihan rakyat telah diketepikan dengan mudah.
Demokrasi yang menjadi asas pemilihan pemerintahan telah tidak diikuti. Tidak hairanlah rakyat melihat kezaliman ini berjalan dengan terbuka dan mengambil tindakan sewajarnya di Tanjung Piai.
Masih tidak lewat lagi untuk PH balik ke asas demokrasi iaitu memberi jawatan PM pada parti yang mempunyai ahli parlimen teramai.
Rakyat ingin melihat pemerintah yang adil dan telus berdasarkan demokrasi sebenarnya dan bukan percaturan politik yang sempit.
Laksanakan demokrasi yang sebenarnya sekarang demi negara Malaysia dan demi rakyat agar sejahtera dari segi ekonomi, perumahan, pendidikan dan pertahanan.
Mungkin rakyat akan memaafkan permainan kotor ini. 

Kamarulazizi Ibrahim

No comments:

Post a Comment