Sunday, November 17, 2019

Perubahan Semasa

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Naratif Semasa

Manusia berubah dengan masa. Kita berubah bukan sahaja dari sudut fizikal tapi juga minda.

Sekarang dan dulu tidak sama. Jika perkara yang sama kita lakukan dulu kesannya tidak sama dengan melakukan perkara yang sama sekarang.

Pada tahun 70 dan 80 an, naratif utama agama berada ditepi sebagai adat sahaja. Perkahwinan dan kematian. Bagi badan dakwah, setiap dai bersemangat dalam hati untuk membaiki masyarakat, hanya sedikit pendedahan boleh memarak semangat ini.

Sekarang berbeza. Kelebihan dan kebaikan risalah agama sudah ramai yang menjuarainya dari masjid, ustaz-ustazah, jabatan agama dll.

Perasaan terdesak untuk membaiki masyarakat telah terhakis. Usaha untuk melaksanakan tanggung jawab dai memerlukan motivasi yang lebih tinggi atau nyalaan api yang lebih besar.

Ingat naratif baru memerlukan usaha yang lebih. Perubahan akan berlaku. Mari kita dai yang telah berkecimpung lama dan baru bekerja sama. Belajar dari usaha lalu dan sesuaikannya dengan masa kini. 

Sebaik mana usaha lalu, perlu diingati naratif semasa sudah berubah.

Hanya Allah swt Maha Mengetahui siapa yang berusaha dan yang tidak.

الله أعلم

Kamarulazizi Ibrahim
Pengerusi WADAH Cawangan Pulau Pinang
9 November 2019
11 RabiulAwal 1441

No comments:

Post a Comment